SEJARAH

Kaixer.NET dahulunya dikenali sebagai Kaixergroup.com, ditubuhkan atas dasar suka-suka pada tahun 2oo7. Kami memilih Kaixer.NET atas alasan Kaixer.com sudah jadi milik orang lain. Pada awal kemunculan Kaixer (kaixergroup.com), Kaixer lebih menumpukan pada perniagaan grafik. Kaixergroup.com tak bertahan lama dan hampir setahun Kaixer mendiamkan diri sambil memerhati pesaing-pesaing lain meningkat naik dalam usaha memartabatkan aliran seni di Malaysia. Semangat yang tak pernah padam pengasas Kaixer.NET, Saddam Hussein Mohd Sohaimi atau lebih dikenali Aneh telah melancarkan semula dengan nama baru, Kaixer.NET. Kaixer.NET telah mempunyai beberapa orang pengikut setia sejak dari Kaixergroup.com lagi.

 

NAMA

Nama ‘Kaixer’ dipilih bukan atas dasar tangkap muat. Kaixer diambil dari perkataan asalnya Kaiser, yang membawa maksud Maharaja. Kaixer.NET mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih Maharaja untuk memartabatkan seni Malaysia. Kami mempunyai cita-cita tinggi untuk menakluk dunia seni, insya-Allah dan Kaixer.NET ditubuhkan untuk semua peminat dan pecinta seni tanah air berkongsi pendapat, maklumat dan belajar untuk meningkatkan daya kreativitiĀ  rakyat Malaysia. Kaixer.NET tidak hanya fokuskan kepada senireka grafik sahaja, tapi kami cuba untuk menyediakan sumber-sumber terbaik dalam seni penulisan dan lain-lain

Kaixer.NETĀ  berharap dapat menjalankan pelbagai lagi perancangan-perancangannya untuk masa hadapan. Ada di antara rancangan-rancangan tersebut telah lama dibincangkan cuma belum mampu dilaksanakan atas halangan-halangan tertentu seperti kekurangan kewangan untuk membiayai projek tersebut.

 

PENGHARGAAN

Krew Kaixer.NET mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu secara sengaja atau tidak sengaja. Semoga sumbangan masa, ilmu, idea, kritikan dan wang anda akan diberkati, what you give you get back. Siapalah kami tanpa kalian.

 

Fakta-fakta penting Mengenai Kaixer.NET:

Pengasas
Saddam Hussein Mohd Sohaimi (Aneh)

Tahun diasaskan:
2007

Trivia:

Perkataan Kaixer dipilih pada asalnya kebetulan waktu tu Aneh menggunakan Kaixer sebagai nickname sewaktu chatting, tapi maksud sebenar belum dikenalpasti.

 

  • Untitled Document
  • Untitled Document
  • Untitled Document
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes